Sekadar contoh sahaja. Boleh baca untuk dijadikan panduan, harus diingat karangan ini bukan yang terbaik.
Soalan 1
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan
pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah ang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.
Contoh jawapan:
Pakar IT,pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan;
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.
Rangkap lagu di atas merupakan cebisan link yang terdapat dalam lagu `Keranamu Malaysia`.Belakangan ini,manusia semakin bijak dan semakin mahir menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet,telefon bimbit dan satelit.Rangkap lagu tersebut menunjukkan seseorang yang pakar dalam internet dapat meningkatkan ekonomi keluarga malah ekonomi negara.Mereka dapat mencipta barangan yang berjenama negara dan boleh boleh digunakan dalam kehidupan pada masa ini.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.Antaranya kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang teknologi.Dengan itu,kita dapat mencipta barangan berjenama seperti kereta.Oleh itu,kadar pengeluaran wang ke luar negara dapat dikurangkan dan kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Di samping itu,kita dapat memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa rakyat Malaysia adalah intelek.Kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk memajukan diri dan negara sendiri seperti parasit tetepi kita hidup bedikari.
Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.Kita juga dapat berkongsi berita dengan negara luar.Contohnya,kita boleh melihat negara lain dan mengetahui perkembangannya dengan melayari internet.Bak kata pepatah,`Dunia di hujung jari`.Jangan pula kita menjadi seperti katak di bawah tempurung,hanya mengetahui keadaan sekeliling sahaja dan cetek ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita dapat meningkatkan taraf hidup setempat.Kita mudah mendapat peluang pekerjaan yang bergaji besar dan lumayan.
Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain.Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna.Telefon bimbit misalnya,mudah dibawa ke mana-mana.Perkara ini memberi kesenangan kepeda kita untuk berkomunakasi dari jarak jauh.Internet pula membolehkan kita melayari laman web untuk mengetahui atau mencari sesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang jauh dan berasingan.Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan kita.Komputer riba mudah dibawa ke mana-mana.Melalui televisyen pula,kita boleh menonton rancangan-rancangan yang menarik.Kesemua alat komunikasi tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemehiran ICT.
Tambahan pula,penggunaan satelit membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negala luar.Begitu juga dengan negara luar.Mereka boleh memberi isyarat kecemasan kepada negara kita.Contohnya,tanggal 26 Disember 2004,berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat yang telah mengorbankan beribu-ribu orang.Bencana tersebut dikeneli sebagai Tsunami.walaupun jumlah kematian di negara kita adalah tinggi,masih tidak dapat menandingi jumlah kematian di Indonesia yang memcatatkan jumlah kematian yang tertinggi.Peristiwa tersebut akan diingati sampai bila-bila.Jika negara lain dapat memberi isyarat kecemasan kepada kerajaan Indonesia,pasti jumlah kematian dapat dikurangkan.
Kita juga senang bergaul dan diterima oleh bangsa lain jika kita dapat menguasai kemahiran ICT.Bayangkan jika kita mendapat tawaran belajar di luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Kedua-dua negara tersebut mempunyai alat komunikasi yang lebih canggih.Jika kita tidak mengetahui tentang ICT,kita akan ketinggalan dalam pelajaran dan terkial-kial seorang diri seperti rusa masuk kampung.Penguasaan kemehiran ICT juga dapat mengelakkan kita daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung,jawab.
Berdasarkan penerangan di atas,terbuktilah bahawa penguasaan kemahiran ICT adalah penting dan memberi banyak faedah kepada kita lebih-lebih lagi dalam kehidupan pada masa ini.Zaman sekarang zaman moden.Teknologi pula semakin canggih.Setiap manusia berusaha untuk memperbaiki diri mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Mereka berusaha untuk meningkatkan imej negara di mata dunia.Oleh itu,semua rakyat haruslah bekerjasama,bagai aur dengan tebing bagi membantu merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.Bukannya hanya mementingkan diri sendiri.Bak kata pepatah,bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
2.
Pada masa kini,penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan kita kian meluas,justeru itu,kita mestilah peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini adalah amat penting pada masa sekarang,kerana banyak perkara yang telah menggunakan teknologi maklumat.Contohnya penggunaan komputer,internet dan sebagainya.
Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.
Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.
Antara faedah lain yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu yang berlaku di dunia ini.Kita dapat mengetahuinya dengan melayari internet,laman web.Apabila kita melayari sesuatu laman web,kita akan mengetahui tentang perkara yang kita tidak tahu selama ini,kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara luar,apa yang berlaku dalam negara tersebut.Jikalau dahulu,kita hanya mendengar berita di t.v dan radio untuk mengetahui hal semasa,tetapi sekarang tidak lagi.Kita boleh mengetahui sesuatu perkara lebih awal dan bila-bila masa dengan teknologi maklumat.
Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat membantu kita.Sekarang kita boleh membayar bil-bil bulanan kita di rumah sahaja,dengan melayari internet.Semua itu merupakan faedah daripada menguasai teknologi maklumat.Faedah yang lain ialah kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat,jika kita mempunyai kemahiran.Kita juga boleh membuka pusat komputer untuk kegunaan orang ramai dan juga menyediakan khidmat mengajar cara-cara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.
Antara faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita.Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris..Apabila kita menguasai ICT,kita juga sebenarnya telah menguasai bahasa inggeris.Kita tllah menguasai dua nenda dengan hanya belajar satu benda iaitu kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita mestilah pandai menggunakannya,kerana tidak rugi kita belajar ilmu teknologi maklumat komunikasi ini.
3
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa kini.Kerana kehidupan masa kini kebanyakan mesin-mesin yang canggih dan untuk memastikan kemahiran perlu ada pada setiap orang bagi berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Di negara-negara asia,kebanyakan mereka membuat mesin canggih bagi berkomunikasi dengan negara jiran.Faedah Teknologi Maklumat untuk memasti teknologi yang digunakan dapat memastikan yang di cari seperti internet dan sebagainya.Faedah berkemahiran adalah seseorang itu boleh mencipta alat atau objek yang canggih untuk negara yang berkomunikasi bagi mempercepatkan lalulintas dan sebagainya,seperti (Lrt komuter),kereta api.Dalam kemahiran ini juga dapat mengenal erti Teknologi –teknologi terkini.Suasana komunikasi berfaedah untuk kemahiran seperti (ICT) boleh membuatkan iaitu seperti telefon canggih,kereta canggih kemudahan bagi mempercepatkan perjalanan dan mengurangkan masa.Menguasai kemahiran (ICT) dapat mengenal kaedah-kaedah yang perlu dipelajari supaya dapat menguasai kemahiran.Apabila menguasai kemahiran tersebut pelbagai-pelbagai benda yang diceburi dapat mengeluarkan suatu benda yang dihasilkan oleh kemahiran dan (ICT).Kehidupan pada masa kini lebih bergantung pada kemahiran atau menguasai kemahiran.Dalam menguasai kemahiran mereka juga dapat memberi pendapat masing-masing bagi mencipta objek yang lebih tinggi untuk menjana benda pelbagai produktiviti supaya dapat mempromosi suatu barang yang ternilai harga wang Mengeksport atau dieksport.Kelebihan (ICT) mengeluarkan orang-orang yang berkaliber dan di perbagaikan lagi.Kemudahan Struktur atau medialisasi bagi memudahkan mereka mengenal pasti mediamassa pada yang canggih ini.Perjalanan media kini perlu menitik beratkan kemahiran pada zaman serba canggih bagi memasti kemudahan yang realearet.Struktur kemahiran perlu dibangkitkan lagi untuk mengenal dan mencipta barang yang berkualiti.Barang yang berkualiti dapat mempuas hati pengguna.Faedah yang ada pada kemahiran (ICT) adalah penting dalam zaman yang teknologi bermaklumat lagi berkomunikasi yamg sedia ada dalam apa bidang sekalipun.Ini bermakna kemahiran (ICT) tersebut amat diperlukan oleh kakitangan yang memerlukan kemahiran beristematik kepada pengurus.Komunikasi seperti kenderaan yang dapat mencanggihkan lagi suatu tempat atau di suatu label-labelnya.
Soalan 2
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka
kepada kita tidak ternilai harganya.Sempena sambutan Hari Keluarga,anda diminta
untuk menyampaikan ceramah bertajuk`Menghargai Jasa Ibu Bapa`.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Persatuan Taman Seri Nara Encik Shadon bin Basiron,ahli-ahli jawatan kuasa Taman Seri Nara serta seantera warga dewan sekalian.Pada hari yang berbahagia ini saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan yang tersergam indah ini.Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur sambutan Hari Keluarga Taman Seri Nara kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah ceramah yamg bertajuk `Menghargai Jasa Ibu Bapa`.
Hadirin yang saya hormati,
Apabila kita berdiskusi mengenai peerihal kedua-dua ibu bapa kita pasti akan terngiang-ngiang lagu nyanyian seniman agung negara kita iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di telinga saya.
`Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa;
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Lagu di atas izhar menunjukkan betapa mulia dan sejatinya kasih ibu dan bapa yang sanggup apa sahaja tidak mengira harta ataupun nyawa demi anak-anak mereka.Sejak kita dalam kandungan lagi,ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari.Apabila tiba masanya kita dilahirkan,ibu bersabung nyawa melahirkan kita.Dengan penuh susah payah,ibu menahan kesakitan.``Aduh,sakitnya Ya Allah;rintih si ibu.Apabila kita selamat dilahirkan,dengar sahaja tangisan si bayi hati ibu berasa lega dan segala kesakitan hilang serta-merta.Pengorbanan seorang ibu tidak terhenti di situ sahaja.Setelah itu,anak yang dilahirkan disusukan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Oleh sebab itulah syurga terletak di bawah terlapak kaki ibu.Sebagai anak yang soleh,kita seharusnya mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita di dunia dan di akhirat sebagai menghargai jasa mereka.Pohonlah kepada Yang Maha Esa agar ibu bapa kita akan dikasihi seperti mana mereka mengasihi kita dan jasa mereka akan dibalas seperti mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita.
Ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Sebelum kita diwajibkan sekolah,ibu dan bapa telah mengajar kita tentang asas kehidupan seperti berjalan,berlari dan sebagainya.Setelah kita pandai berfikir,ibu bapa mula menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sejak dari kecil lagi kita telah diterapkan dengan nilai kasih sayang,hormat-menghormati,keberanian dan kesabaran.Ibu bapa juga sering kali menasihatkan kita agar pandai membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.Oleh itu,sebagai anak kita hendaklah membalas jasa ibu bapa kita dengan menjaga mereka dengan baik apabila kita dewasa kelak.Iklan petronas yang disiarkan sempena Hari Raya tahun ini hendaklah dijadikan teladan.Nilai kasih sayang yang diterapkan oleh mereka ketika kita kecil,hendaklah dicurahkan pula kepada mereka.Selain itu,mereka juga perlulah dihormati.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya.Mereka sanggup membanting tulang dan bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan kita.Hasil yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk membayar yuran sekolah,asrama dan kelas-kelas tuisyen.Oleh itu,untuk menghargai jasa ibu bapa kita,kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam segala bidang.Tiada apa yang diharapkan oleh ibu dan bapa melainkan segulung ijazah daripada anak mereka.Ibu bapa tidak pernah mengharapkan harta berjuta ataupun sagu dan g emas untuk membalas jasa mereka tetapi harapan mereka hanyalah agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna,berjaya dan bahagia di dunia mahupun di akhirat.Titisan yang mengalir tatkala si anak menerima segulung ijazah merupakan kegembiraan sebenar mereka.
Sebagai seorang anak,kita juga boleh menghargai jasa kedua-duanya ibu bapa kita dengan melayan rakan-rakan mereka dengan baik.Hal ini kerana budi bahasa dan sopan santun yang kita pamerkan melambangkan kedua-dua ibu bapa kita.Bak kata pepatah,bapak borek anak rintik.Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana acuan,begituhlah kuihnya.Rakan-rakan ibu bapa kita akan berpandangan positif kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Selain itu,sabagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai kacang lupakan kulit.Kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita.Cerita lagenda Melayu yang berjudul `Si Tanggang’ seharusnya ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk dijadikan iktibar.Kisah si Tanggang yang telah disumpah menjadi batu kerana telah menderhaka kepada ibunya sepatutnya dijadikan pengajaran.Seharusnya kita sentiasa ingat bahawa kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah hingga ke hujung nyawa.Kasih sayang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita.Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum berkata-kata agar tidak mengguris perasaan mereka.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.Kita mestilah mengucapkan kata-kata yang manis serta boleh menyejukkan hati ibu bapa kita apabila berbicara dengan mereka.
Hadirin yang saya kasihi,
Saya menyeru agar kita semua sentiasa menyayangi kedua-dua ibu bapa kita.Hal ini kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita sejak dari kita kecil lagi.Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun.Hargailah jasa mereka sementara mereka masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.Jangan nanti apabila malaikat maut telah sampai untuk menjemput mereka,barulah kita sedar akan kesalahan kita selama ini.Tatkala itu,sesal dan kesal sudah tidak berguna lagi.Apa yang boleh kita lakukan ketika itu hanyalah mendoakan agar roh ibu bapa kita dicucuri rahmat.Sebelum saya mengakhiri ceramah saya pada hari ini,izinkan saya mendendangkan serangkap lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
`Ayah dan ibu,
Ayah dan ibu,itulah permulaan kami,
Dapat melihat bulan dan matahari,
Ayah dan ibu,
Ayah dan ibulah mesti dihormati.’
Sekian,terima kasih.
2.
``Si bapa pulang memandu kenari,
Si anak gembira melompat-lompat;
Jasa ibu bapa perlu dihargai,
Semoga bahagia dunia akhirat.”
Bismillahirrohmanirrohim.Terima kasih diucapkan kapada saudara pengerusi majlis.Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jeliang,Mohammad Affandie bin Mohammad Idris,guru-guru kanan,guru-guru,para ibu bapa serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian.Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan ini untuk sama-sama menyambut Hari Keluarga bagi sesi 2006.Saya berbangga kerana hari ini saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk `Menghargai Jasa Ibu Bapa’.
Tuan-tuan,puan-puan dan anak-anak sekalian,
Tanpa ibu bapa,siapalah kita?Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka kepada kita tidak dapat diganti atau dibalas menggunakan wang ringgit.Mereka mengandung,melahir,menyusu,mendidik,mengasuh serta membesarkan kita dengan baik,bagai menatang minyak yang penuh.Pada asalnya kita adalah insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa mengenai erti kehhidupan.Dengan asuhan dan didikan ibu bapa,maka terlahirlah kita seperti mana hari ini.Bak kata papatah,`anak kecil ibarat kain yang putih,ibu bapalah yang mencorakkannya’.
Anak-anak yang disayangi sekalian,
Saya pasti anak-anak semua amat menyayangi ibu-bapa masinng-masing.Sebagai anak,kita harus mentaati segala arahan dan suruhan.Ibu bapa,selagi tidak bertentangan dengan agama islam.Kita harus menyayangi ibu bapa sepenuh hati dan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan mereka.Mereka mungkin akan terasa dengan tindakan tersebut namum tidak kedengaran sebarang rintihan daripada bibir mereka.Ini kerana mereka amat menyayangi kita namum begitu,di hati tiada siapa yang tahu.Oleh itu,pohonlah kemaafan dengan segera sebelum terlewat.
Hadirin-hadirat warga dewan sekalian,
Sebagai anak,kita wajib menghargai jasa insan yang telah menaburkan budi kepada kita.Bagi mereka,cukuplah kita menjaga akhlak dan menghadiahkan kejayaan kepada mereka untuk membalas jasa ibu bapa,sebagai anak-anak yang masih di bangku sekolah.Kita harus belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.Dengan kejayaan yang cemerlang,kita pasti akan mendapat kerja yang baik.Anak-anak sekalian dinasihatkan tidak menjadi seperti `kacang lupakan kulit’ setelah mendapat kejayaan dalam hidup,anak-anak tidak harus melupakan ibu bapa.Sebaliknya peliharalah mereka yang mungkin sudah uzur.Jagalah kebajikan mereka selagi mereka bernafas.Pelihara dan rawatlah mereka sekiranya mereka sakit.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
Sekiranya anda masih mempunyai ibu dan bapa,hargailah mereka.Setiap pagi,salamlah tangan mereka,kucuplah pipi mereka sebagai tanda anda mengasihi dan menghargai mereka.Kerajaan Malaysia telah menetapkan Tarikh,Hari Ibu,Hari Bapa dan Hari Keluarga untuk memupuk kasih sayang antara keluarga.Kita haruslah melibatkan diri dalam program tersebut.Sebagai anak berilah hadiah walau sekecil mana pun nilainya sebagai tanda anda menghargai mereka.`Utamakan keluarga,semakin hari,semakin sayang’.Begitulah cogan kata yang sering terpampang di dada akhbar,terjerit-jerit dari corong radio dan diiklankan di televisyen.
Hadirin-Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tidak perlulah kita berusaha untuk menghitung jasa yang ditaburkan ibu bapa kepada kita kerana perbuatan itu hanyalah bagai `mencurah garam ke dalam laut’.Jasa ibu bapa terlalu banyak dan tidak mungkin dapat dihitung.Kita hanya perlu sedaya upaya membalasnya.Ibu bapa telah bekerja dengan susah payah untuk mencari `sesuap nasi’ demi menjaga kebajikan anak-anak supayaanak-anaknya menjadi insan yang berguna.Bagi yang berpendapatan rendah,ibu bapa bekorban seperti `kais
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2
ReplyDeleteBlog ni smart,simple n bnyk manfaat...Especially to student mcm saye ni yg bru nk bljr... But,knape x truskn post entry2 baru..
ReplyDeletesalam,syukran byk2..esei ni byk membantu saya dlm menulis esei dan memperbaiki kelemahan saya...:D...
ReplyDelete