Tuesday, July 14, 2009

Rapat atau jauh

Sering kali kita menghadapi masalah untuk mengeja sesuatu perkataan. Kita tidak pasti sama ada ejaan perkataan itu dirapatkan atau dijarakkan. Selain itu, timbul pula kecenderungan untuk kita mengeja sesuatu perkataan mengikut rasa, bukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Berikut disenaraikan perkataan yang dieja dengan merapatkannya sebagai satu perkataan;

15- kata majmuk yang dieja secara bercantum (kerana telah mantap penggunaannya)antarabangsa
kerjasama
suruhanjaya
beritahu
olahraga
tandatangan
bumiputera
matahari
warganegara
jawatankuasa
setiausaha
pesuruhjaya
kakitangan
sukarela
tanggungjawab

15 - kata tunggal yang dieja secara bercantum
sukacita
dukacita
kepada
walhal
padahal
barangkali
bagaimana
kadangkala
manakala
apabila
daripada
perikemanusiaan
perihal
apakala
manalagi

13 - perkataan yang dieja bercantum dengan partikel “pun”
adapun
mahupun
kendatipun
andaipun
sungguhpun
meskipun
ataupun
sekalipun
bagaimanapun
biarpun
walaupun
kalaupun
lagipun

Dipetik daripada Blog En Rahman Juri

Wednesday, July 8, 2009

Kemenangan Bahasa Melayu

PPSMI dimansuhkan mulai 2012
kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.


Keputusan ini sepatutnya telah dibuat lebih awal. Bahasa Melayu mesti diperkasakan supaya menjadi bahasa ilmu. Pelaksanaan PPSMI merupakan tindakan terkebelakang. Perubahan dasar dalam pendidikan mesti berdasar kajian yang mendalam. Dasar atau perubahan yang tidak konsisten merupakan "pencabulan" kepada pelajar.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Semoga rakan-rakan guru terus berjuang bagi membangunkan modal insan yang ada. Cabaran yang ada pada masa kini tidak sama dengan sewaktu kita dibangku sekolah. Maka guru-guru sewajarnya berusaha menambahkan ilmu di dada. Pada masa itu, perbuatan mengecilkan dan 'menyerang ' guru lain wajar difikirkan. Jangan kita (guru-gurua) turut dalam golongan yang sering merendahkan martabat rakan kita di sekolah atau tempat lain. Sediah bila terdengar rakan-rakan guru yang memperkecilkan guru-guru yang mengajar anak-anak kita...
..Teruskan perjuangan rakan-rakan guru!

Thursday, April 16, 2009

PENANDAAN SOALAN RUMUSAN
1. Kira jumlah perkataan yang ditulis oleh pelajar. Jika melebihi 120 patah perkataan, letakkan tanda ( // ) pada perkataan ke 120. Jika ayat terakhir berakhir pada jumlah perkataan melebihi 120, maka seluruh ayat tidak dikira sebagai satu isi.

2. Cara mengira jumlah perkataan :* Kata nama khas/ peribahasa/ kata-kata hikmat/ kata sendi nama/ imbuhan - 1 perkataan* Kata nama am/ penanda wacana - ikut bilangan perkataanContoh : Di samping itu : 2 patah perkataanBegitu juga halnya dengan : 4 patah perkataan

3. Jika pelajar menulis rumusan dalam bentuk penomboran, markah bahasa diberi 50 % daripada markah yang sepatutnya pelajar dapat.

4. Jika pelajar menyalin seluruh petikan, pastikan penyalinan semula itu 100% serupa dengan petikan yang tertera pada kertas soalan termasuk tanda baca ( titik, koma ).Jika tidak disalin 100%, maka tanda setakat isi yang betul sahaja dalam lingkungan 120 patah perkataan.

5. Sediakan skema lengkap untuk pengenalan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

6. Sediakan ruang untuk mencatat markah.

Arahan :
1. Baca ayat pelajar dengan teliti.

2. Jika pengenalan pelajar tepat, tandakan pada hujung ayat.Contoh :Pengenalan membincangkan sebab pelajar ponteng sekolah. / P 2( Maksud : Pengenalan betul - 2 markah )

3. Jika isi pelajar tepat, tandakan pada hujung ayat :Contoh :Pelajar ponteng sekolah kerana dipengaruhi rakan sebaya. / S1- 2Maksud isi tersurat nombor 2 (S2) tepat.

4. Pindahkan markah ke ruang yang disediakan ( seperti catatan nombor 6 di atas )CONTOH SKRIP JAWAPAN PELAJAR

5. Akhir, jumlahkan semua markah isi Contoh
P = 2
S = 10
T = 4
K = 2
I = 18
B = 7/8/9
J= 25/ 26/ 27

NOTA PANDUAN :
1. Pengenalan ditulis dalam bentuk tema / menukar kata kunci atau arahan soalan.
2. Isi tersurat : Hanya isi dalam petikan diterima
3. Isi tersirat : Tiada mana-mana bahan petikan boleh diterima. Cipta pendapat baru
4. Kesimpulan : Mengandungi pihak, cadangan dan justifikasi cadangan.

Sumber : http://bmspm.cjb.net/

Wednesday, April 15, 2009

Tatabahasa

Panduan Menjawab
Sekadar panduan sahaja bagi memudahkan pelajar menjawab. Para pelajar harus mengikut arahan soalan yang dikemukan.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

PANDUAN BINA AYAT
1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Contoh soalan dan jawaban:
(i) Suka duka.
Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.
Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah
Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. ( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web
Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam
Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.
( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan
Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.
( Ayat Majmuk )


KESAN AYAT TIDAK GRAMATIS
Soalan 2 (a), 2(b), 2(c) dan 2(d).Kesilapan calon ketika menjawab soalan pemahaman.
1. Isi jawaban dalam bentuk nota.
2. Ayat tidak lengkap kerana tiada subjek.

Sebab-sebab berlakunya kesilapan :
1. Pelajar degil dan cuai walaupun telah diberi ingatan.
2. Tidak belajar merancang masa untuk menjawab soalan.
3. Terikut-ikut dengan gaya penulisan dalam buku kerja pelajar.

Kesan kesilapan:Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Nyatakan bukti-bukti tersebut.

KK : Nyatakan.

Jawaban contoh :-Pembabitan Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an.-Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas -Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.
Isi betul - 3
Ayat tidak gramatis Markah : 2
Pelajar hilang 1 markah.

Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.
Jawaban contoh :- Persediaan dari segi fizikal supaya tubuh badan saya cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai angkasawan.- Cari maklumat yang banyak berkaitan bidang angkasa lepas daripada internet, buku ilmiah mahu pun media massa supaya pengetahuan saya cukup mantap dalam bidang ini.- Persediaan mental supaya sedia bersaing dan sanggup berkorban demi menjayakan tugas sebagai angkasawan.

Isi betul : 4 ( 2 isi dan 2 huraian )
Ayat tidak gramatisMarkah : 3
Pelajar hilang 1 markah.
Andaian :Pelajar yang sama biasanya akan mengulangi setiap jawaban dengan cara memberi isi berbentuk nota ringkas.
Pelajar mungkin akan kehilangan antara 6 hingga 8 markah untuk soalan 2(a) hingga 2(d) jika diandaikan pelajar ini dapat memberi isi dan huraian yang tepat tetapi ayat tidak gramatis.
Maka :
1. Jawab dalam bentuk ayat yang gramatis.
2. Ayat gramatis mempunyai subjek.
3. Subjek jawaban diperoleh daripada predikat soalan.
4. Gandingkan predikat soalan dengan isi jawaban lengkap.
5. Ayat gramatis boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Rumusan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Pengenalan:
1. Baca dengan teliti arahan soalan iaitu isi tersurat dan isi tersirat.
2. Nyatakan tema keseluruhan petikan rumusan atau beri perkataan yang mempunyai maksudserupa dengan arahan soalan (tukar kata kunci soalan).
3. Tugasan isi tersirat TIDAK PERLU dimasukkan sebagai pengenalan.

Arahan soalan :Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.
Contoh jawaban :
1. Menyatakan tema rumusan.Petikan membincangkan kepentingan negara meneroka bidang angkasa lepas.
2. Menukar kata kunci isi tersurat.Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas kepada kelebihan/ kebaikan/ manfaat.

ISI TERSURAT :
Panduan Menjawab:
1. Isi tersurat diambil daripada isi petikan.
2. Satu isi tersurat boleh digabungkan dengan isi tersurat lain dalam bentuk ayat majmuk.
3. Boleh memberi antara dua hingga enam isi tersurat.
4. Ingat formula isi tersurat+ isi tersirat (6+2,5+3,4+4,3+5,2+6).
5. Huraian dan contoh tidak perlu dimasukkan.

Contoh jawaban ( 6 isi tersurat )Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas ialah Malaysia diakui antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia, memberi impak yang besar kepada negara dalam bidang angkasa lepas serta dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan negara yang sudah maju dalam bidang tersebut dan dapat mencontohi cara mereka bekerja. Sistem komunikasi negara juga terus berkembang maju dan dapat melahirkan lebih banyak angkasawan.

ISI TERSIRAT :
Panduan Menjawab :
1. Isi tersirat tiada dalam petikan.
2. Pelajar perlu kemukakan idea berdasarkan pembacaan meluas sebelum ini.
3. Isi tersirat boleh digabungkan dengan isi tersirat lain.
Contoh jawaban :Cara menarik minat masyarakat dalam bidang ini adalah dengan cara menyiarkan artikel berkaitan bidang angkasa lepas di televisyen serta mewujudkan bidang pembelajaran mengenai angkasa lepas di sekolah.

Kesimpulan :
Panduan Menjawab:
1. Kesimpulan tidak boleh mengulang isi tersurat atau isi tersirat.
2. Kesimpulan terdiri daripada pihak terlibat, cadangan dan tujuan cadangan.
3. Kesimpulan ditulis dalam satu ayat lengkap.

Contoh jawaban :Kesimpulannya, usaha-usaha untuk meneroka bidang angkasa lepas ini perlu disokong oleh semua pihak agar hasrat menjadi negara maju akan tercapai.

Penanda wacana dalam karangan

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

- Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
- Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
- Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui·
. Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan· Ini membuktikan bahawa·
Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu · Jadi kita hendaklah · Keadaan ini tentunya · Lantaran itu sehingga kini · Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini·

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat · Biar kita ambil contoh · Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah · Sebagai analoginya, · Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya, · Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas · Konklusinya, · Dengan ini diharapkan · Bukan itu sahaja · Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama