Wednesday, April 15, 2009

Bahan Bacaan: Bioteknologi

Bidang Sains:Bioteknologi

Apakah itu Bioteknologi?Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :
Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi
Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus
Ingin tahu lebih lanjut?
Dengan erti kata lain bioteknologi merupakan suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi bagi tujuan-tujuan yang tertentu. Terdapat 2 cabang utama dalam bioteknologi iaitu tradisional dan moden. Contoh-contoh proses tradisional ialah pembuatan baja organik serta kimia, agen biokawalan, sel serta kultur tisu. Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasi kejuruteraan genetik seperti genomik, bioinformatik, tranformasi molekul, pembiakan, diagnostik dan teknologi vaksin.Bioteknologi dan IndustriBioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa. Kini teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam industri untuk dimajukan.Bioteknologi dan AndaTelah kita bincangkan sebelum ini bahawa bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada suatu hari ini hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini. Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa akan datang dengan kehidupan yang lebih sihat dan progresif.

Bioteknologi dan IndustriManusia telah menggunakan pelbagai cara demi mendapatkan kepuasan dan kesenangan dalam kehidupan harian mereka. Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi kini. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa. Sebagai contohnya masalah kebuluran, wabak penyakit, pencemaran, pembangunan, dan pelbagai lagi dapat diatasi dengan adanya teknologi ini.Industri pertanianIndustri ternakanPerubatan
Industri pertanianDalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan ramai generasi-generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu. Maka dengan menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : > Buah yang besar > Buah tanpa biji > Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak > Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ?Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat merencatkan penghasilan pembentukan biji benih. Selain itu tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dikalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani. Teknologi ini juga sedang dikaji untuk digunakan terhadap haiwan.Industri ternakanBanyak usaha telah dijalankan dalam membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi pun teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan. Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia. Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya :> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak > Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin > Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaranGen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan. PerubatanDalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia. Tahukah anda bahawa hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam. Akhirnya Insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi. Saintis kini cuba untuk menghasilkan haiwan yang dapat menjadi penderma organ dan darah kepada pesakit. Seperti kita semua maklum setiap spesies hanya sesuai untuk menjadi penderma kepada satu sama lain keran halangan genetik tapi jika halangan ini dapat diatasi dan kita akan mempunyai badan gantian jika berlakunya kemalangan atau sebagainya. Ini penting kerana contohnya pesakit jantung yang memerlukan jantung baru tidak perlu menunggu penderma yang telah berjanji untuk menderma mati untuk mendapatkan jantung baru. Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang-kala memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era bioteknologi.

Bioteknologi dan AndaKehidupan yang lebih sihat dan progresif telah kita bincangkan sebelum ini bahawa bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada suatu hari nanti hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini. Penambahan bilangan produk bioteknologi dilakukan adalah untuk kepentingan masyarakat. Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa akan datang. Peluang pekerjaanPembangunan dalam sektor bioteknologi juga mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang sedang dialami oleh dunia, dimana sektor ini memerlukan tenaga pekerja yang banyak dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan. KebimbanganDisebalik kejayan terdapat juga kebimbangan di mana keseimbangan alam semulajadi akan terjejas. Contohnya jika tanaman yang diubah ini tersebar ke persekitaran akan menyebabkan banyak tumbuhan semulajadi musnah dan pupus. Ini kerana persaingan antara tumbuhan liar dan transgenik adalah berat sebelah dimana tumbuhan transgenik lebih kuat daripada tumbuhan yang asli. Selain itu haiwan transgenik dari pengklonan adalah sukar mendapat kejayaan dimana hanya 1 dalam 100 haiwan tersebut akan lahir secara sempurna. Ini secara tidak langsung menggugat ekonomi kerana kos setiap pengklonan adalah agak mahal. Pemecahan halangan genetik juga merupakan masalah besar di mana penyakit baru akan muncul. Ini terjadi apabila haiwan yang dikaji ini mempunyai penyakit yang asalnya hanya boleh dijangkiti oleh haiwan tersebut sahaja. Tetapi apabila gen yang diderma oleh manusia ini diselitkan bersama gen haiwan ini, genetik haiwan akan berubah dan dikhuatiri genetik penyakit ini (virus atau sebagainya) turut berubah untuk menyamai genetik haiwan tersebut dan akhirnya tubuh manusia juga turut mempunyai risiko untuk dijangkiti. Contohnya HIV atau AIDS dipercayai berasal dari monyet telah merebak kepada manusia.

No comments:

Post a Comment