Tuesday, July 14, 2009

Rapat atau jauh

Sering kali kita menghadapi masalah untuk mengeja sesuatu perkataan. Kita tidak pasti sama ada ejaan perkataan itu dirapatkan atau dijarakkan. Selain itu, timbul pula kecenderungan untuk kita mengeja sesuatu perkataan mengikut rasa, bukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Berikut disenaraikan perkataan yang dieja dengan merapatkannya sebagai satu perkataan;

15- kata majmuk yang dieja secara bercantum (kerana telah mantap penggunaannya)antarabangsa
kerjasama
suruhanjaya
beritahu
olahraga
tandatangan
bumiputera
matahari
warganegara
jawatankuasa
setiausaha
pesuruhjaya
kakitangan
sukarela
tanggungjawab

15 - kata tunggal yang dieja secara bercantum
sukacita
dukacita
kepada
walhal
padahal
barangkali
bagaimana
kadangkala
manakala
apabila
daripada
perikemanusiaan
perihal
apakala
manalagi

13 - perkataan yang dieja bercantum dengan partikel “pun”
adapun
mahupun
kendatipun
andaipun
sungguhpun
meskipun
ataupun
sekalipun
bagaimanapun
biarpun
walaupun
kalaupun
lagipun

Dipetik daripada Blog En Rahman Juri

Wednesday, July 8, 2009

Kemenangan Bahasa Melayu

PPSMI dimansuhkan mulai 2012
kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.


Keputusan ini sepatutnya telah dibuat lebih awal. Bahasa Melayu mesti diperkasakan supaya menjadi bahasa ilmu. Pelaksanaan PPSMI merupakan tindakan terkebelakang. Perubahan dasar dalam pendidikan mesti berdasar kajian yang mendalam. Dasar atau perubahan yang tidak konsisten merupakan "pencabulan" kepada pelajar.